ARAHAN UNTUK PELAJAR:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

e-Penilaian Pensyarah KMPh disediakan untuk mendapat maklumbalas daripada saudara/saudari bagi tujuan penambahbaikan. Oleh itu, saudara/saudari diminta menilai semua pensyarah yang mengajar saudara/saudari pada Semester I Sesi 2019/2020.

Sila klik pada e-Penilaian Pensyarah KMPh dan kemudian klik e-Penilaian Pensyarah bagi kursus yang saudara/saudari ambil pada semester ini.

Saudara/saudari perlu menjawab SATU set penilaian bagi SETIAP SEORANG pensyarah yang mengajar.

Contoh:

Jika bagi subjek Kimia, pensyarah A mengajar kuliah dan pensyarah B mengajar tutorial dan amali, buat SATU penilaian untuk pensyarah A dan SATU penilaian juga untuk pensyarah B.

Sila pastikan:

Maklumat Pensyarah

    • Nama
    • Kod Kursus

Maklumat Pelajar

    • Jantina
    • Jurusan
    • Kumpulan
    • Semester

diisi dengan tepat.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penilaian saudara/saudari tidak diambil kira.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.